Sunday, August 16, 2015

Kisah Gadis Belanja Pakcik RM2 Tetapi Dibalas RM300 Jadi Viral

Kisah Gadis Belanja Pakcik RM2 Tetapi Dibalas RM300 Jadi Viral

Baru-baru ini, kisah seorang gadis Melayu yang dibalas dengan ganjaran RM300 kerana membantu seorang warga emas menjadi perbualan mulut para netizen di media sosial.

Gadis yang menggunakan akaun Facebook dengan nama Ezzaty Amin berkongsi cerita perjalanannya ketika menaiki komuter dari Batu Caves ke Shah Alam di mana dia bertemu seorang lelaki berusia yang dipanggil pak cik.

Menurut Ezzaty, dia bertemu dengan seorang lelaki berusia 68 tahun yang dipanggil ‘pak cik’ di stesen kereta api Batu Caves ketika ingin membuat perjalanan ke Shah Alam.

Ezzaty bertemu dengan pak cik tersebut ketika hendak beratur untuk membeli tiket. Ezzaty kemudian belanja pak cik berkenaan setelah mendapati destinasi yang dituju oleh mereka adalah sama.
“Saya beli satu tiket dewasa dan satu tiket warga emas.
“Dia terkejut dan saya pun kata, tak apa pak cik, saya belanja,” tulis Ezzaty.
Difahamkam, sepanjang perjalanan, mereka berbual sambil mengenali diri.
“Sepanjang perjalanan, kami berbual dan pak cik tersebut kemudian memberi kad bisnes beliau kepada saya. Saya tak beri perhatian sangat dan terus menyimpan dalam dompet. 
“Kami berbual mengenai keluarga, pekerjaan. Pak cik beritahu dia mualaf dari Sabah dan minta saya 'tasmi’ bacaannya, Surah Luqman ayat 1 hingga 5,” cerita gadis tersebut.

Menurut Ezzaty, pak cik tersebut juga meminta kebenaran untuk melihat buku yang dibawanya berjudul Langit Illahi karya Hilal Asyraf sebelum mereka berpisah.
“Setelah kami sampai ke destinasi kami, pak cik itu berkata, "jadilah orang baik, ikhlas. Pak cik doakan kamu di Mekah". Dia akan (pergi) menunaikan Haji, Ahad ini,”
Ezzaty berkata, dia hanya sedar kewujudan RM300 dalam bukunya selepas dia tiba di rumahnya.
“Apabila saya tiba di rumah, saya lihat RM300 dalam buku saya, dan saya kemudian lihat kad bisnesnya, rupa-rupanya, beliau adalah seorang Kapten dan Pengarah Projek Syarikat Kejuruteraan Marin dan Dredging. 
“Mungkin pak cik itu bayar RM2 dengan RM300,” sambung Ezzaty.
“Tuhan telah berjanji, kita tidak akan menjadi miskin dengan memberi sedikit dari harta kita untuk kebajikan. Semoga Tuhan membimbing kita semua.” Akhiri gadis itu.
Betapa hebatnya kuasa sedekah. kadang-kadang Allah bagi balasan cash terus atas muka bumi. Besar kuasa Tuhan ni. Nak yakin dengan tak nak je.

Kisah Gadis Belanja Pakcik RM2 Tetapi Dibalas RM300 Jadi Viral Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.