Monday, August 24, 2015

Kisah Cinta Nora Dan Nedim Akhirnya Kecundang. Sah Putus!

Kisah Cinta Nora Dan Nedim Akhirnya Kecundang. Sah Putus!

Kisah percintaan pelakon Nora Danish dan Nedim Nadri tidak asing lagi. Namun siapa sangka kisah percintaan kedua pasangan ini akhirnya kecundang!

Pelakon Nora Danish dan Nedim Nadzri kini sah berpisah. Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34,  keputusan untuk berpisah dimabil atas kebaikan bersama.

"Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," demikian respon Nora Danish mengenai status hubungan cintanya dengan Nedim Nazri".

Ketika ditanya lanjut mengenai punca sebenar perpisahan antara mereka Nora bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Kisah Cinta Nora Dan Nedim Akhirnya Kecundang. Sah Putus!
Foto Nora Danish Dan Nedim Nadzri...

Persoalan mengenai status hubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.

Hmmm sudah tertulis jodohnya hanya sampai setakat ini. Apapun doakan jelah yang terbaik. Semoga Nora Danish temui pengganti yang selayaknya.

Kisah Cinta Nora Dan Nedim Akhirnya Kecundang. Sah Putus! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.