Tuesday, August 25, 2015

Kisah Cinta Berakhir! Mia Ahmad Padam Gambar Syarul Ridzwan?

Kisah Cinta Berakhir! Mia Ahmad Padam Gambar Syarul Ridzwan?

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Mia Ahmad yang suattu ketika dahulu pernah popular menerusi drama #HatiPerempuan. Ekoran lakonan mantap Mia yang digandingkan bersama Syarul Ridzwan, ramai peminat yang mendoakan agar kisah cinta mereka bukan hanya dalam kaca televisyen semata-mata.

Timbul juga desas desus mengatakan mereka berdua sememangnya sedang menjalin hubungan istimewa. Apa lagi kalau bukan hubungan cinta. Mereka juga dilihat sering memuat naik gambar mesra bersama menerusi laman Instagram. Sekaligus mengukuhkan lagi dakwaan peminat mereka sememangnya punyai hubungna istimewa. Dah macam pasangan kekasih! 

Walaupun drama #HatiPerempuan sudah lama berakhir namun sehingga kini peminat masih dibuai dengan watak Yuhanis yang dibawa oleh Mia.

Dan kerana itu Mia Ahmad nekad untuk membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan. Menurutnya, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama berjudul Hati Perempuan itu tamat April lalu. 

Kisah Cinta Berakhir! Mia Ahmad Padam Gambar Syarul Ridzwan?
Foto cun Mia Ahmad #HatiPerempuan...

Malah tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta.

"Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.
"Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril," ujarnya.

Mia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar bersama aktor Syarul Ridzwan di Instagram miliknya baru-baru ini adakah kerana hubungan cinta mereka sudah berakhir. 

Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut. Malah dalam kenyataan, Mia akui beliau dan Syarul hanya berkawan.

"Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa.

Kisah Cinta Berakhir! Mia Ahmad Padam Gambar Syarul Ridzwan? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.