Sunday, August 23, 2015

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral

Sejak beberapa hari lalu kecoh di laman sosial dengan kisah seekor beruk yang cedera akibat mercun. 

Kisah ini telah diceritakan menerusi salah seorang pengguna Twitter @zoologiMY yang memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter.

"Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Mochai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati."
Menurut perkongsian tersebut, beruk tersebut, Machai, kini telah pun mati akibat dilanggar lari pada Sabtu lepas.

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral


Perkongsian itu turut meminta agar pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral seperti ini di kawasan tersebut.

"Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana".
Kejam! Diharap pihak yang berwajib dapat mengambil tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab melakukan hal ini.

Kisah Beruk Cedera Akibat Mercun Jadi Viral Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.