Monday, August 17, 2015

Ketua UMNO Pontian Dedah Kerja DS Najib Sebenar, Guna Whatsapp Rombak Kabinet!

Ketua UMNO Pontian Dedah Kerja DS Najib Sebenar, Guna Whatsapp Rombak Kabinet!

Inilah kenyataannya apabila Ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad sendiri mendedahkan keputusan rombakan Kabinet yang diadakan baru-baru ini dibuat menerusi aplikasi Whatsapp oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat tanpa berbincang menerusi saluran tertinggi parti berkenaan. Memetik laporan The Malaysia Insider, Hasni mempertikaikan cara tersebut.
"Satu hari sebelum rombakan Kabinet, ketua-ketua bahagian diminta beri pandangan perlu atau tidak, kalau 150 bersetuju, pentadbir atau admin WhatsApp ketua-ketua bahagian ini berkata presiden akan laksanakan. 
"Kenapa kaedah Majlis Tertinggi dan Badan Perhubungan tidak lagi digunapakai," katanya.
Menurutnya juga ada di antara ketua bahagian di dalam kumpulan Whatsapp itu menghukum ketua bahagian lain hanya gara-gara mereka lebih rapat dengan Najib dan ia dilihat sepeti satu tindakan yang berat sebelah.
Ketua UMNO Pontian Dedah Kerja DS Najib Sebenar, Guna Whatsapp Rombak Kabinet!
Najib dan mantan TOM sebelum ini, Muhyiddin Yassin.
"Ada setengah ketua bahagian yang baru sekali dua berjumpa dengan presiden, malah dalam WhatsApp itu ada ketua bahagian yang sudah rasa besar dan boleh menghukum ketua bahagian lain. 
"Malah mereka ini boleh hukum saya kalau kenyataan yang saya cakap ini menyinggung presiden," katanya.
Bagi Hasni penyingkiran bekas TPM, Muhyiddin Yassin dari Kabinet ialah satu tindakan yang tidak wajar malah tidak dapat diterima pakai.
"Kami UMNO Johor menyokong rombakan Kabinet tapi kami tidak menyokong penyingkiran Tan Sri daripada Kabinet. 
"Kami sangat terluka," katanya.

Ketua UMNO Pontian Dedah Kerja DS Najib Sebenar, Guna Whatsapp Rombak Kabinet! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.