Friday, August 14, 2015

Kes Samun, Kerana Telefon Bimbit Pelajar Tingkatan 1 Ditikam

Kes Samun, Kerana Telefon Bimbit Pelajar Tingkatan 1 Ditikam

IPOH: Gara-gara ingin menyamun sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM50, 2 saspek menikam perut seorang pelajar tingkatan 1 sehingga parah di Lebuh Jelapang Isnin lalu.

Kejadian yang berlaku jam 10 malam, mangsa sedang mendengar lagu menerusi telefon bimbit di hadapan rumahnya. Kemudia 2 lelaki bertopi keledar penuh menaiki sebuah motosikal datang menyerang sambil mengacukan pisau.

Akibat terlalu takut mangsa menyerahkan telefon bimbit dan wang sejumlah RM50 sebelum menjerit meminta bantuan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Suprintendan Anuar Othman, mangsa ditikam selepas menjerit kepada orang awam dan saspek melarikan diri menaiki motosikal jenis Honda EX5.

Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan kini sudah stabil selepas menjalani pembedahan di bahagian perut.

Sumber Harian Metro

Kes Samun, Kerana Telefon Bimbit Pelajar Tingkatan 1 Ditikam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.