Wednesday, August 19, 2015

Kembalikan Anak Saya! Kisah Ibu Rayu Anaknya Dikembalikan

Kembalikan Anak Saya! Kisah Ibu Rayu Agar Anaknya Dikembalikan

Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak sendiri setelah susah payah, pahit getir yang dilalui untuk melahirkan anak yang dikandung 9 bulan. Ibu yang takda perasaan jer yang mampu sedemikian.

Begitu juga dengan nasib si ibu ini apabila beliau telah dipisahkan dengan bayinya sendiri.

Kisah ini telah dikongsi menerusi laman salah seorang pengguna laman Facebook Dwan Inzaghi. Apa yang menarik, kisah yang dikongsikan ini telah menarik perhatian netizen dalam masa sama ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa ibu berkenaan. 
"Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan kepada ibunya. Lihatlah wajah suci anak comel yang tidak berdosa ini. Baru berusia 2 bulan tetapi sudah dinafikan haknya untuk mendapatkan susu ibu serta kasih sayang.
"Anak ini dirampas secara kasar daripada ibunya sendiri. Bukan orang lain tetapi oleh ayahnya sendiri serta datuk dan juga neneknya. Begitu kejam sekali tindakan mereka.
"Si ibu sudah mengalah sehingga meminta keluarga suaminya membawa bayinya ke balai polis untuk disusukan dan kemudian, ambillah kembali. Namun, permintaannya itu tidak dilayan.
"Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Masuk hari ini, sudah tiga hari bayi ini terputus hubungan dengan ibunya. Mana hilangnya nilai kemanusiaan?" katanya.
Kembalikan Anak Saya! Kisah Ibu Rayu Anaknya Dikembalikan
Keadaan si ibu yang penat selepas berjumpa pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan tapi belum ada yang boleh membantu...


Difahamkan, pasangan berkenaan menghadapi masalah keluarga. Namun keluarga sebelah pihak suami masuk campur sehingga tergamak mengambil tindakan seperti itu.

Laporan polis juga telah dibuat, malangnya polis enggan campur tangan kerana ini adalah masalah rumahtangga. 

Menurut Inzaghi lagi, kes pasangan itu juga telah dipanjangkan ke mahkamah dan kini menunggu keputusan mahkamah.
"Sementara nak tunggu keputusan mahkamahlah yang bimbangnya. Apa bayi itu minum? Ibu bayi ini menderita dan silap-silap boleh meroyan kerana tertekan," katanya.
Jelas Dwan Inzaghi, dia berkongsikan nasib malang yang menimpa ibu muda ini bukan bertujuan mencari salah mana-mana pihak, tetapi untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan si kecil selain dari memastikan kesihatannya terjaga.

"Tak guna berkeras, bertengkar dan bergaduh sedangkan dalam masa sama kita tak tahu emosi bayi ini. Perlu ada jalan perundingan untuk ibu ini diberi hak untuk menyusukan Raqib. Tak kisahlah sama ada di bawah pengawasan mana-mana pihak yang boleh bertindak selaku orang tengah.
"Dalam masa yang sama, kes mahkamah boleh diteruskan dan kedua-dua belah pihak boleh tampil dengan hujah masing-masing. Apa-apa keputusan nanti perlu diterima dengan hati terbuka," katanya.
Kembalikan Anak Saya! Kisah Ibu Rayu Anaknya Dikembalikan
Wajah sugul baby Raqib Rayyan ketika ditinggalkan ibunya...

Dalam kes rumahtangga, walau apa pun yang terjadi di antara suami dan isteri, jangan sesekali menjadikan anak sebagai mangsa keadaan. Jika sewaktu mula perkenalan boleh terjalinnya hubungan itu dengan baik, mengapa tidak diakhiri dengan jalan yang baik juga? Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik.

Kembalikan Anak Saya! Kisah Ibu Rayu Anaknya Dikembalikan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.