Thursday, August 6, 2015

Keluarga Mangsa MH370 Protes Di China, Tidak Percaya Flaperon Milik Boeing 777

Keluarga Mangsa MH370 Protes Di China, Tidak Percaya Flaperon Milik Boeing 777

Susulan daripada pengumuman tergempar yang dibuat oleh PM Najib awal pagi tadi berkaitan pesawat MH370 yang hilang dari radar tahun lepas, sejumlah besar ahli keluarga penumpang MH370 berwarganegara China berkumpul di hadapan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Beijing meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengumuman tersebut. - SAH! DS Najib Umum Serpihan Pesawat Di Pulau Reunion Milik MH370

Hal ini disebabkan rata-rata ahli keluarga mangsa tidak dapat menerima kenyataan serpihan pesawat yang dijumpai di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Berikut kata-kata pilu yang lahir dari hati perit kehilangan insan tersayang dalam nahas MH370:
"Saya tidak yakin dengan informasi terbaru mengenai kapal terbang tersebut, kami tahu sebenarnya selama ini mereka telah berbohong kepada kami," 
"Saya yakin anak perempuan saya masih hidup namun ‘mereka’ tidak mahu menjelaskan perkara sebenarnya kepada kami. Mereka telah berbohong,"  
"Saya akan lakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya kembali. Beritahu apa yang perlu dilakukan, saya sanggup," 
Memang perit untuk menerima hakikat sebenar insiden 8 Mac tahun lalu yang meragut nyawa seramai 239 penumpang dan majoritinya ialah warganegara China.


Keluarga Mangsa MH370 Protes Di China, Tidak Percaya Flaperon Milik Boeing 777
#MH370 dalam kenangan.

Semoga ahli keluarga mangsa insiden menyayat hati MH370 ini dapat bertenang dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagaimanapun, seluruh dunia masih ingin mengetahui punca sebenar insiden ini dan tidak akan hanya berakhir dengan penemuan serpihan pesawat dan beberapa lagi objek sebagai bahan bukti.

Keluarga Mangsa MH370 Protes Di China, Tidak Percaya Flaperon Milik Boeing 777 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.