Monday, August 24, 2015

Kejam!! Gadis Ini Diro9ol Beramai-Ramai Dan Dicungkil Biji Mata

Kejam!! Gadis Ini Diro9ol Beramai-Ramai Dan Dicungkil Biji Mata

Seorang remaja Argentina berusia 16 tahun telah dirogol beramai-ramai sebelum kedua-dua matanya dikorek oleh kakaknya dalam kejadian ngeri yang didakwa dilakukan atas arahan paderi di General Pinedo. 

Menurut laporan, mereka berbuat demikian selepas mendapat arahan daripada seorang paderi tempatan sebagai cara mengubatinya selepas dikatakan telah dirasuk..

Mangsa kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi di sebuah hospital. Dia diperlakukan sedemikian rupa selepas keluarganya percaya remaja terbabit telah dirasuk kerana sering terbayang binatang dalam kepalanya. 

Menurut cerita kakak mangsa, dia telah diberikan sebilah pisau tajam oleh paderi berkenaan untuk digunakan mengcungkil mata adiknya itu kerana percaya cara berkenaan dapat memulihkan adiknya malahan ibu dan bapanya turut bersetuju setelah mempercayai kata-kata paderi berkenaan.

Kejam!! Gadis Ini Diro9ol Beramai-Ramai Dan Dicungkil Biji Mata
Foto Mangsa...

Pihak polis tempatan mengesahkan gadis berkenaan kini telah dirawat dan dalam keadaan kritikal di mana mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian alat sulitnya dan mereka yang merogolnya dalam upacara pemujaan aneh tersebut akan ditangkap.

“Dalam masa 22 tahun saya berkhidmat dengan pasukan polis Argentina, inilah kali pertama saya melihat satu kes yang begitu mengejutkan dan lebih dahsyat dilakukan oleh ahli keluarga sendiri mangsa pula.

“Begitu juga dengan pihak pendakwa raya. Mereka juga baru pertama kali berdepan dengan kes yang kejam ini. Sukar untuk dibayangkan perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang remaja,’’ kata polis.

Kejam!! Gadis Ini Diro9ol Beramai-Ramai Dan Dicungkil Biji Mata Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.