Wednesday, August 12, 2015

Kedai Makan Popular Terima Padah, Diarahkan Tutup 14 Hari

Kedai Makan Popular Terima Padah, Diarahkan Tutup 14 Hari

MELAKA: Selepas menjadi viral dan perhatian umum, kedai makan 'popular' di Klebang akhirnya diarahkan tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah.

Arahan itu dikenakan selepas dipercayai gagal melepasi tahap penilaian risiko memuaskan di mana kedai ini didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan selamat.

"Hasil pemeriksaan, kami dapati makanan dihidang tidak ditutup dan dihurung lalat selain tahap kebersihan dalam peti sejuk beku juga diragui serta tidak berada pada suhu ditetapkan. 
"Kami juga mendapati peralatan memasak seperti papan pemotong daging juga tidak bersih selain pemilik premis menggunakan kertas surat khabar sebagai pembalut bahan mentah yang disimpan di dalam peti sejuk beku," katanya, semalam.
4 pegawai kesihatan diketuai pegawai kanan menjalankan siasatan ke atas kedai makan tersebut bagi memastikan tahap kebersihan dan juga keselesaan pelanggan diutamakan.

Menurut Jurucakap Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah, tindakan keras dan undang-undang akan dikenakan jika pemilik mengingkari arahan.

Sebelum ini kedai makan ini menjadi viral di media setelah dipercayai mengenakan bayaran yang mahal serta menggunakan bahasa kasar terhadap pelanggannya. - PANAS! Kedai Makan 'Popular' Di Klebang Guna Bahasa Kasar Dengan Pelanggan.

Kedai Makan Popular Terima Padah, Diarahkan Tutup 14 Hari
Kedai makan popular di Klebang, Melaka.

Sumber Harian Metro

Kedai Makan Popular Terima Padah, Diarahkan Tutup 14 Hari Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.