Wednesday, August 19, 2015

Kecederaan Anwar Ibrahim Semakin Parah, Mohon Agar Segera Dibedah

Kecederaan Anwar Ibrahim Semakin Parah, Mohon Agar Segera Dibedah

PETALING JAYA: Kesihatan Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan semakin serius dan pihak PKR mendesak agar kerajaan lebih prihatin akan keadaan DS Anwar.

Sejajar dengan apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tweetnya yang meminta agar pihak bertanggungjawab memberikan rawatan terbaik buat bekas ketua pembangkang tersebut.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Penjara dan pihak hospital sudah maklum akan keadaan bapa yang cedera di bahu dan kini semakin serius.
"Kecederaan ini menyebabkan kesakitan berterusan kepada Datuk Seri Anwar dan mendesak untuk dilakukan pembedahan dalam kadar segera. 
"Kami telah memohon dan merayu rawatan dan penyelesaian untuk masalah tersebut secara terus dan juga melalui peguam kami. (Bagaimanapun ) rayuan kami setakat ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa, " katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan sebentar tadi.
DS Anwar pada Julai lalu telah dimasukkan Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan yang dialami. 

Dalam pada itu, ahli Parlimen Kuala Langat,  Abdullah Sani memberitahu ia sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi rawatan kepada penghuni penjara memandangkan DS Anwar juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
"Tolonglah ini rayuan kami. Tolonglah (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi ada sikap perikemanusiaan pada Datuk Seri Anwar," katanya.
Kecederaan Anwar Ibrahim Semakin Parah, Mohon Agar Segera Dibedah
Gambar Nurul Izzah bersama DS Anwar Ibrahim dan ibu sebelum ini.

Sumber Sinar Harian

Kecederaan Anwar Ibrahim Semakin Parah, Mohon Agar Segera Dibedah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.