Tuesday, September 1, 2015

BIADAP!! Individu Pijak Gambar Najib Dan Hadi Bakal Terima Habuan

BIADAP!! Individu Pijak Gambar Najib Dan Hadi Bakal Terima Habuan

SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎semasa perhimpunan Bersih 4.0, Sabtu lalu‎ oleh beberapa individu perhimpunan tersebut.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ‎sekiranya tiada pihak dari Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden‎ ‎itu disiasat.

‎"Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.
‎"...dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda Pas dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
‎Minggu lalu, gambar yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan itu menjadi viral.‎

Turut berkongsi kekesalan atas insiden itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.

Ekoran penyebaran itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara tersebut masih di dalam siasatan.

Sumber Sinar Harian 

BIADAP!! Individu Pijak Gambar Najib Dan Hadi Bakal Terima Habuan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.