Monday, August 10, 2015

HANGAT! PM Najib 'Ugut' Mahu Tarik Balik BRIM Jika Tidak Mahu


PASIR GUDANG: Kunjungan PM Najib di Dewan Dewan Serbaguna Taman Mawar bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang semalam berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditarik balik sekiranya rakyat menolaknya.

Menurut PM Najib ketika berucap:
"Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik,"
Ia disambut dengan jeritan sederhana oleh rakyat Johor yang menyatakan masih lagi mahukan bantuan tersebut.
"Kami masih mahu".
Ugutan PM Najib seolah-olah menyindir pihak yang sama sekali menolak bantuan tersebut malah ia seakan-akan dituju kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering membantah akan isu BRIM sebelum ini.

Bagi Tun M, BRIM merupakan salah satu rasuah kerajaan bagi memancing undi rakyat dengan mengaburinya dalam bentuk wang ringgit.


Menurut PM Najib lagi, ia merupakan bantuan dapur untuk rakyat memandangkan selama ini bantuan kerajaan dengan mewujudkan kemudahan prasarana dan kemudahan awam kepada rakyat.

HANGAT! PM Najib 'Ugut' Mahu Tarik Balik BRIM Jika Tidak Mahu Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.