Tuesday, August 11, 2015

Hacker 'Anonymous Malaysia' Ancam 'Perang' Terhadap Kerajaan

Hacker 'Anonymous Malaysia' Ancam 'Perang' Terhadap Kerajaan

MENGGEMPARKAN apabila sebuah video berdurasi hampir 8 minit tersebar di laman YouTube mengisytiharkan sokongan padu terhadap perhimpunan Bersih 4.0 yang akab dilakukan sekiranya pemimpin negara DS Najib masih enggan berundur daripada tampuk selesa pemerintahannya.

Video yang dihasilkan oleh sekumpulan hacker yang menggelarkan dirinya sebagai Anonymous Malaysia muncul dengan video yang menyenaraikan segala salah laku yang didakwa dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dengan memakai topeng beserta rakaman suara yang telah disentesiskan, individu yang dikenali sebagai Guy Fawkes turut mengancam akan melancarkan serangan cyber secara besar-besaran ke atas kerajaan malah turut mengugut akan bekerjasama dengan Anonymous Antarabangsa untuk menjatuhkannya.

Hacker 'Anonymous Malaysia' Ancam 'Perang' Terhadap Kerajaan
Anonymous Malaysia ancam tentangan hebat terhadap DS Najib.

Bagaimanapun, masih lagi tidak pasti jika sumber ini benar-benar sedang merancang akan segala usaha untuk menjatuhkan DS Najib atau ia hanyalah aktiviti hackers tempatan yang cuba untuk mencetuskan masalah atau huru-hara.

Sebelum ini, kumpulan ini juga tampil dengan sebuah video yang sama dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang dikatakan lemah dan muncul di Facebook Tabik Polis (FB group yang menyatakan sokongan padu terhadap PDRM).

Sumber The Rakyat Post

Hacker 'Anonymous Malaysia' Ancam 'Perang' Terhadap Kerajaan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.