Thursday, August 13, 2015

Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen


Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen

Malang sekali, mungkin niat untuk membidas atau mengkritik kerajaan, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersilap langkah apabila memuat naik gambar di laman FBnya menunjukkan diri sedang menikmati santapan nasi lemak.

Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen
Gambar berserta kapsyen berbau sindiran dimuat naik oleh Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan yang dilakukan oleh ketua pembangkang ini akhirnya dihujani pelbagai respon daripada netizen baik dari sudut positif mahupun negatif.

Apa yang malang sekali sindirannya memakan diri apabila gambar tersebut dijadikan 'troll' oleh netizen malah dijadikan bahan tertawa.

Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen
Gambar Dr Wan Azizah dijadikan troll.

Menurut sumber, kesalahannya timbul apabila Datin Sri Wan Azizah menjamu selera di dalam kemudahan pengangkutan keretapi sedangkan telah tertulis larangannya.

Mungkin perkara seperti ini dapat dielakkan pada lain masa. Bukan apa, sebagai ketua haruslah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang betul dan baik. Apa-apa pun tetap memuji kesederhanaan beliau sebagai pemimpin.

Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen
Datin Sri Dr Wan Azizah ketika dalam perjalanan ke Ipoh.

Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Dr Wan Azizah sedang dalam perjalanan menuju Ipoh bagi menghadiri mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak tengah hari semalam dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan keretapi.

Gambar Dr Wan Azizah Menikmati Nasi Lemak Dalam Tren Dihentam Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.