Tuesday, August 11, 2015

#FinalDestination - Video Ngeri Tali Permainan Lasak Terputus Ketika Beroperasi

#FinalDestinatin - Video Ngeri Tali Permainan Lasak Terputus Ketika Beroperasi

Mencemaskan apabila melihatkan video ngeri satu daripada tali permainan lasak di sebuah taman tema terletak di Perancis terputus ketika sedang dimainkan.

Orang ramai sangat terkejut dengan insiden yang berlaku di Luna Park lebih-lebih melibatkan 2 orang mangsa yang sedang menikmati permainan ekstrem tersebut.

Dilaporkan mangsa wanita yang berusia 24 tahun patah kaki manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Kedua-dua mangsa tersebut tergantung di udara selama sejam sebelum mereka diselamatkan oleh pihak bomba dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

#FinalDestinatin - Video Ngeri Tali Permainan Lasak Terputus Ketika Beroperasi
Situasi mencemaskan tali permainan lasak di taman tema Luna Park tiba-tiba terputus.

Nasib mereka baik hanya satu tali sahaja yang terputus, jika kedua-dua tali itu terputus ketika permainan lasak itu sedang beroperasi, apa agaknya yang akan terjadi?

#FinalDestination - Video Ngeri Tali Permainan Lasak Terputus Ketika Beroperasi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.