Thursday, August 20, 2015

Diva AA Bikin Panas! Penentang PM Najib Di Bawah Tapak Kaki Saya

Diva AA Bikin Panas! Penentang PM Najib Di Bawah Tapak Kaki Saya

Tak habis-habis mencetuskan kontroversi hangat! tak tahu jugak apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Diva AA ni. 

Beberapa hari lalu kecoh diperkatakan akibat kelantangan mulutnya menyifatkan bekas TPM TSMY sebagai duri dalam daging. Ekoran tindakan beliau itu, menyebabkan beliau diugut oleh seorang pengikut laman Instagram miliknya.


Terkini pula, seolah-olah Diva AA cuba mempertahankan dan menyebelahi PM Najib. Diva AA menyifatkan pihak yang menentang Perdana Menteri berada di bawah tapak kakinya.

"Kepada semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya,".

Tambah Azwan Ali lagi, hak untuk menyokong Perdana Menteri adalah hak mutlaknya yang dijamin oleh perlembagaan.

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," katanya.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi.

Mengulas laporan polis yang dibuat berkenaan ugutan yang diterima olehnya di laman Instagram baru-baru ini, Azwan menyifatkan individu yang membuat ugutan itu sebagai biadap.

"Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! 

"Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.

Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam penjara.

"Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua. 

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan. 

"Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan. 

Hmm tak tahu nak cakap macam mana dah, terlebih lantang Diva AA ni. Bukan nak doa yang tak baik-baik tapi kadang terdetik juga dalam hati, dia ni tak takut ker kalau sesuatu yang buruk terjadi kepadanya. Jangan jadi macam pepatah melayu, kerana mulut badan binasa! 

Diva AA Bikin Panas! Penentang PM Najib Di Bawah Tapak Kaki Saya Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.