Wednesday, August 26, 2015

Dikritik Hebat, Stacy Dedah Alasan Sebenar Peluk Islam!

Dikritik Hebat, Stacy Dedah Alasan Sebenar Peluk Islam!


Beberapa hari lalu Industri hiburan dihangatkan dengan perkhabaran berita gembira Stacy yang memeluk agama Islam. Walaupun ia tindakan yang agak drastik namun ia diterima baik. Namun disebalik penghijrahan beliau, ada juga yang mengecam dan mempersoalkan tindakan beliau yang menukar agama.


Kecoh juga kerana ada yang mempertikaikan isu beliau yang memeluk Islam. Satu sidang media yang dibuat semalam telah menjelaskan tujuan sebenar mengapa Stacy memeluk Islam.

Stacy dalam pada itu menafikan tujuan sebenar beliau memeluk Islam kerana mahu mengahwini Akim sebaliknya keputusan itu diambil kerana atas kemahuan diri sendiri yang terbuka hati ingin mengenali Islam.

“Kalau tak ada jodoh saya dengan Akim, saya akan tetap peluk Islam. Saya masuk Islam bukan sebab nak kahwin dengan dia tapi sebab saya mahukan Islam itu sendiri. Masa tu (mengucap) saya sangat-sangat teruja.
“Bersemangat nak mengucap dan saya menangis kerana sangat gembira apatah lagi ketika itu ayah dan ibu saya ada bersama,” katanya.

Peduli apa orang kata. Yang penting hati. Yang penting Allah tahu niat sebenar itu sudah memadai. Sama-samalah kita doakan yang terbaik akan penghijrahan beliau ini. Semoga beliau terus istiqamah dalam meneruskan perjuangan sebagai muslimah sejati.

Dikritik Hebat, Stacy Dedah Alasan Sebenar Peluk Islam! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.