Wednesday, August 5, 2015

COMEL! Foto Sempoi Nenek 89 Tahun Sertai 'Bridesmaids' Pengantin Perempuan


COMEL! Foto Sempoi Nenek 89 Tahun Sertai 'Bridesmaids' Pengantin Perempuan

Sudah tentu ramai yang menginginkan suatu majlis perkahwinan meriah dihiasi dengan para 'bridesmaids' yang jelitawan menggamit lagi suasana di hari bahagia anda.

Seperti juga seorang pengantin wanita yang dikenali sebagai Christine Quinn ditemani oleh para bridesmaids yang disayangi lebih-lebih lagi dengan gaun pakaian yang cantik.

Namun, apa yang uniknya Quinn ditemani juga oleh Nana Betty iaitu neneknya yang tercinta, 89 tahun, untuk turut sama-sama menghiasi pengantin wanita itu.

Julie Melton darripada Sweetwater Fotografi bertanggungjawab dan sempaty meraka detik manis mereka bersama ketika majlis gilang-gemilang di Plymouth Meeting, Pennsylvania.

"Dia comel,"

Itulah yang ditulis oleh Melton dalam blog perkahwinan yang dimuat naiknya.

COMEL! Foto Sempoi Nenek 89 Tahun Sertai 'Bridesmaids' Pengantin Perempuan
Nana Betty bersama pengantin perempuan dan bridesmaids lain.

Jelas kelihatan wajah kegembiraan dan keriangan di wajah mereka terutamanya Nana Betty seolah-olah masih lagi muda dan sebaya bridesmaids yang lain.

COMEL! Foto Sempoi Nenek 89 Tahun Sertai 'Bridesmaids' Pengantin Perempuan
Wajah ceria dan menghiburkan Nana Betty di hari bahagia cucu tercinta.

Memang comel! Menurut Quinn, neneknya itu seorang yang lucu dan happy-go-lucky malah semua orang sangat menyukai serta menyenanginya.

COMEL! Foto Sempoi Nenek 89 Tahun Sertai 'Bridesmaids' Pengantin Perempuan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.