Sunday, August 9, 2015

Berjaya Dikesan, Kargo Kapal Tangki Minyak Hilang!

Berjaya Dikesan, Kargo Kapal Tangki Minyak Hilang!

SHAH ALAM: Awal pagi tadi gempar dengan berita yang mengaitkan sebuah lagi kapa tangki minyak, MT Jaoquim, dipercayai hilang di perairan Selangor.

Menurut sumber, ia mungkin berpunca daripada aktiviti rompakan yang sering terjadi di perairan.

Bagaimanapun, menurut Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim), kapal tersebut berjaya dikesan dekat Pulau Rupat, Indonesia 8.45 pagi tadi.

Kapal MT Joaquim yang belayar dari Tanjung Pinang Indonesia ke Langkawi yang membawa muatan minyak mentah itu dilaporkan telah dilepaskan oleh perompak akan tetapi kargonya hilang.

Tambah sumber lagi, 2 daripada 10 kru kapal yang dilepaskan mengalami kecederaan.

Kapal yang berdaftar di Singapura membawa muatan 3,500 metrik 'marine fuel oil' ini seharusnya dijadualkan tiba di Langkawi jam 3 pagi Ahad tadi namun ia dilaporkan hilang pada awal pagi tadi.

Berjaya Dikesan, Kargo Kapal Tangki Minyak Hilang! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.