Thursday, August 13, 2015

BAHAYA! Shisha Stick Dikhuatiri Mengandungi Dadah, Penghisap Semakin Ketagih

BAHAYA! Shisha Stick Dikhuatiri Mengandungi Dadah, Penghisap Semakin Ketagih

Sangat membimbangkan apabila semakin hari semakin banyak isu melibatkan budak-budak sekolah dan juga remaja sekolah berkaitan shisha, vapor mahupun rokok. Sejak akhir-akhir ini isu vapor atau rokok elektronik hangat dibincangkan malah bagi mereka yang penyokong tegar rokok elektronik tidak habis-habis tetap menegakkan benang yang basah.

Kononnya menggantikan tabiat merokok yang tidak baik, vapor ini dijadikan sebagai alat pengantaraan bagi mengawal diri untuk tidak terus merokok. Apa yang menyedihkan ia menular dalam kalangan pelajar sekolah malah sudah pun berani membawanya ke tempat belajar untuk dinikmati bersama rakan-rakan.

Seperti pendedahan yang berlaku dan menjadi viral kebelangan ini:-

Pendedahan terbaru yang dijumpai dalam kalangan pelajar sekolah.

Keadaan kurang sihat ini tidak berhenti begitu sahaja, mungkin disebabkan vapor memiliki harga yang sukar untuk setiap pelajar miliki lebih-lebih lagi mereka yang datang dari keluarga sederhana, 'shisha stick' dikatakan menjadi bahan terbarui bagi pelajar sekolah.

Mungkin ibu bapa tidak akan perasan termasuklah guru-guru kerana stick ini saling tidak tumpah kelihatan seperti peralatan sekolah. Dengan hanya harga mencecah RM17 ke RM20, para pelajar tidak lagi risau untuk mendapatkannya. Siapa yang patut dipersalahkan? Mereka yang menjualnya sememangnya tidak memikirkan soal keselamatan pelanggan kerana yang diimpikan hanyalah keuntungan semata-mata.

BAHAYA! Shisha Stick Dikhuatiri Mengandungi Dadah, Penghisap Semakin Ketagih
Contoh shisha stick kegilaan remaja.

Shisha stick juga bertindak seperti vapor akan tetapi ianya tidaklah sehebat vapor kerana kandungan cecair berperisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan berbanding vapor. Bagaiamnapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick disyaki mengandungi dadah kerana penggunanya akan berasa ketagih untuk menghisapnya.

Menurut beliau lagi shisha stick turut dikenali sebagai 'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.

BAHAYA! Shisha Stick Dikhuatiri Mengandungi Dadah, Penghisap Semakin Ketagih
Bentuk shisha stick yang mampu mengelirukan ibubapa dan guru-guru.

Oleh itu setiap guru-guru malah ibu bapa tolong periksa setiap peralatan ke sekolah anak-anak anda agar mereka tidak sama sekali terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini.

BAHAYA! Shisha Stick Dikhuatiri Mengandungi Dadah, Penghisap Semakin Ketagih Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.