Monday, August 24, 2015

AMARAN KERAS! Tindakan Tegas Anggota TLDM Jika Sertai Perhimpunan Bersih 4.0

TLDM Dilarang Sertai Bersih 4.0

KUALA LUMPUR: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilarang keras dan tindakan akan dikenakan jika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan hujung bulan ini.

Ketenteraman akan terganggu sekiranya perhimpunan ini berlaku dan disertai oleh para anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lebih-lebih lagi diadakan ketika hampir sambutan Hari Kebangsaan. Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata:
"Saya ingin mengingatkan anggota TLDM jangan terlibat dengan perhimpunan itu kerana akan menyebabkan mereka (anggota TLDM) berhadapan dengan masalah besar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Kenaikan Pangkat dan Penganugerahan Pangkat (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) di KD Sri Gombak hari ini.
Seramai tujuh pegawai TLDM termasuk seorang pegawai PSSTLDM dinaikkan pangkat.

TLDM Dilarang Sertai Bersih 4.0
Perhimpunan Bersih 4.0 akan diadakan hujung bulan ini.

Majlis itu turut menyaksikan penganugerahan Tauliah Kapten (Kehormat) PSSTLDM kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan) HELP University, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad atas khidmat beliau sebagai penasihat akademik Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) sejak 2006.

Mengenai keselamatan perairan, Abdul Aziz berkata pihaknya antara lain telah meminta pengusaha kapal melaporkan sebarang masalah kecemasan secara terus kepada TLDM.
   
"Nombor telefon TLDM pun kita dah bagi...kita mahu dimaklumkan... Bila melibatkan soal keselamatan, ia adalah tanggungjawab kita (TLDM)," katanya.
   
Ditanya mengenai penyertaan anggota TLDM dalam kumpulan militan IS, Abdul Aziz berkata pemantauan berterusan dijalankan oleh satu pasukan petugas khas.
"Saya sebenarnya tidak teragak-agak menyerahkan anggota disyaki terlibat dalam kegiatan tak bertanggungjawab ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Sumber Sinar Harian

AMARAN KERAS! Tindakan Tegas Anggota TLDM Jika Sertai Perhimpunan Bersih 4.0 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.