Wednesday, August 5, 2015

Akhirnya Pemilik FB Sharifah Sofia Syed Rashid Diburu SKMM!

Akhirnya Pemilik FB Sharifah Sofia Syed Rashid Diburu SKMM!

KUALA LUMPUR: Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mula memburu pemilik sebenar akaun Facebook Sharifah Sofia Syed Rashid ekoran daripada penyebaran maklumat palsu di laman tersebut.

Penyebaran palsu yang dibuat oleh akaun tersebut mampu menghuru-harakan malah mengundang ketidaktenteraman masyarakat. Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata:
"Dia dikehendaki untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun ‎Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya. Pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama," katanya.
Akhirnya Pemilik FB Sharifah Sofia Syed Rashid Diburu SKMM!
FB Sharifah Sofia Syed Rashid didakwa sebar maklumat palsu tentang MH370.

Menurut beliau lagi, pemilik akaun tersebut juga telah mendedahkan maklumat palsu berkaitan barangan yang didakwa milik pesawat MH370 yang hilang setahun lalu.

Tegasnya juga individu yang cuba untuk menyebarkan maklumat palsu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya lagi. 
Sumber BH Online 

Akhirnya Pemilik FB Sharifah Sofia Syed Rashid Diburu SKMM! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.