Monday, July 27, 2015

Suspek Raba Alat Sulit Gadis Sunti Diburu Polis

Suspek Raba Alat Sulit Gadis Sunti Diburu Polis

Seremban: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menangis teresak-esak apabila menjadi mangsa cabul lelaki dalam kejadian di kedai buku di pasar raya di Kemayan Square, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang, mangsa yang juga pelajar sekolah menengah ke kedai buku di pasar raya itu ditemani ibunya.

Sewaktu membaca buku, lelaki yang tidak dikenali menyelak kain dipakai mangsa sebelum memegang punggungnya.

Tidak cukup itu, suspek turut menyentuh kemaluan remaja terbabit menyebabkan mangsa menangis teresak-esak,.

Berikutan itu, wanita terbabit meminta pihak pengurusan menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan terkejut mendapati perbuatan suspek terhadap mangsa.

Ekoran kejadian berkenaan, mangsa dan ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Suspek kini diburu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,”.

Sumber Harian Metro 

Suspek Raba Alat Sulit Gadis Sunti Diburu Polis Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.