Saturday, July 25, 2015

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi

Disebalik statistik penceraian dan keganasan rumah tangga yang mengecewakan, tidak hairanlah jika ramai diantara kita yang berputus asa dengan cinta dan meragui kesucian ikatan perkahwinan.

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi
Namun, kisah cinta, keikhlasan dan pengorbanan pasangan setia dari Guangxi, China ini membuktikan bahawa cinta sejati itu masih wujud.

Apabila pasangan ini mengikat janji perkahwinan mereka 55 tahun yang lalu, berikrar untuk tidak pernah meninggalkan satu sama lain, nampaknya mereka masih berpegang pada janji itu hingga sekarang.

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi

Walau segala kesusahan yang terpaksa dialami oleh pasangan tersebut sejak awal perkahwinan, komitmen mereka tidak pernah goyah, juga cinta mereka terhadap satu sama lain tidak pernah padam.

Pada tahun 1985, Huang Funeng mengalami penyakit mata yang serius yang secara beransur-ansur membuatkannya buta.

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi

Sejak itu, isteri beliau telah membimbing setiap langkah beliau dengan membawanya menggunakan bantuan tongkat buluh. Semua itu sanggup dilakukan oleh si isteri walaupun beliau sendiri mengalami penderitaan fizikal, osteoporosis yang menyebabkan postur tubuh menjadi bongkok.

Pasangan itu tidak mempunyai anak, namun mereka tetap berjaya mencari kebahagiaan dalam kehidupan hidup berdua yang cukup sederhana dengan menternak ayam dan juga itik.

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi

Kisah ini ternyata mampu membuka mata dan hati kita semua bahawa kuasa cinta itu masih ada. Segala kekurangan, kesusahan dan kesengsaraan mampu diharungi sekiranya wujud perasaan cinta dalam hati.

Sungguh Mengharukan..!!! Kisah Percintaan Mereka Harus Dicontohi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.