Thursday, July 30, 2015

Subhanallah! Kucing Ini Tetap Menyusukan Anaknya Walaupun Cedera Parah Dilanggar


Naluri ibu yang mengasihi anak-anak sememangnya menjangkaui sempadan hidupan, sama ada manusia mahupun haiwan.

Melalui sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook, ramai pengguna yang tersentuh melihat ketabahan seekor ibu kucing yang sanggup menyusukan anak-anaknya walaupun dalam keadaan berdarah.

Laman Facebook ‘A Fortress of Fur’ menerima banyak komen dari netizen yang kagum melihat kasih-sayang ibu kucing tersebut.

Difahamkan, si ibu kucing itu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan namun dia tetap pulang dalam keadaan parah untuk memberi susu kepada empat ekor anaknya. Kagum kan?

Selain itu, ada segelintir pengguna yang risau dengan keadaan kucing itu dan nasib yang bakal menimpa anak-anaknya andai si ibu tidak dapat diselamatkan.

Usah risau, melalui laporan terbaru, ibu kucing terbabit berjaya dirawat dan hampir pulih dari kecederaan.

Kucing Ini Tetap Menyusukan Anaknya Walaupun Cedera Parah Dilanggar

Mengikut laporan dari laman Twitter @HaiwanJalanan, walaupun mengalami patah tulang dan kecederaan mata yang serius namun si ibu berjaya diselamatkan.

Kisah ini menunjukkan satu sisi persamaan antara manusia dan haiwan iaitu kedua-duanya dikurniakan dengan perasaan cinta dan sayang walaupun manusia diberikan kelebihan akal.

Tapi sayangnya, segelintir individu memilih untuk meletakkan diri mereka lebih rendah dari haiwan apabila sanggup membuang malah membunuh bayi sendiri.

Subhanallah! Kucing Ini Tetap Menyusukan Anaknya Walaupun Cedera Parah Dilanggar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.