Monday, July 27, 2015

Suasana Hiba Video Tugasan Terakhir Suami Diselesaikan Isteri Juruterbang #MH17

tugasan terakhir diselesaikan isteri pembantu juruterbang mh17

Video seorang isteri kepada pembantu juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi akhirnya menyelesaikan tugas arwah suami dalam suasana yang penuih hiba.

Tragedi 17 Julai 2014, setahun yang lalu telah mengorbankan nyawa seramai 298 orang termasuk Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi dalam nahas penerbangan MH17 semasa perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

tugasan terakhir diselesaikan isteri pembantu juruterbang mh17

"Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas terakhir suami saya yang beliau tidak sempat penuhi.

"Selamat petang, saya pegawai pertama anda, nama saya Ahmad Hakimi, bagi pihak Kapten Amran dan dibantu oleh Kapten Eugene, dan pegawai pertama, Firdaus, kami ingin mengucapkan selamat datang sekali lagi dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dalam penerbangan MH17.

"Cuaca dan laluan perjalanan adalah baik sepanjang perjalanan dan kami akan memulakan pendaratan tidak lama lagi. Bagi pihak Malaysia Airlines dan seluruh anak-anak kapal, sekali lagi kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih penerbangan kami." 


Kami bagi pihak media mengucapkan takziah dan mendoakan semua para ahli keluarga mangsa tabah menerima tamparan hebat kehilangan insan tercinta. Semoga tenang mereka di sana.

Suasana Hiba Video Tugasan Terakhir Suami Diselesaikan Isteri Juruterbang #MH17 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.