Thursday, July 30, 2015

Mengejutkan! Muka Lelaki Ini Bengkak Seperti Belon Akibat Gigitan 'Nyamuk Gergasi'


Nasib malang menimpa seorang lelaki di China apabila terpaksa menderita bengkak di muka selepas dipercayai digigit oleh seekor nyamuk.

Nyamuk? Bengkak hingga 2 bulan? Macam tak logik tetapi ia benar-benar berlaku kepada Zhang yang berusia 30 tahun.

Zhang dilaporkan terkena gigitan seekor 'raja' nyamuk bersaiz 20 kali ganda besar daripada biasa di tempat kerja sehingga ia membengkak seperti belon selama tempoh 2 bulan. Malang sekali, Zhang juga tidak mampu untuk membuka matanya.

Akuinya kerana tidak tahan kegatalan, Zhang mencubit bahagian yang digigit bagi menghilangkan sedikit kegatalan namun akhirnya ia membengkak dan menggelembung.

Apa yang menyedihkan lagi, doktor memberitahu ia tidak dapat diubati malah disahkan menghidap neonatal scleroderma yang menyebabkan permukaan mukanya mengeras dan menebal.

Bagaimanapun, masih ada peluang untuk dirinya mengurangkan kesan bengkak apabila organ dalamannya dipercayai stabil selepas menjalani ujian darah.

Zhang dinasihati untuk menekap mukanya dengan dengan benda sejuk untuk mengurangkan sedikit demi sedikit bengkak tersebut.

Mengejutkan! Muka Lelaki Ini Bengkak Seperti Belon Akibat Gigitan 'Nyamuk Gergasi' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.