Thursday, July 30, 2015

Malaysia Hantar Pasukan Khas Ke Pulau Reunion Siasat Bangkai Pesawat MH370


Malaysia Hantar Pasukan Khas Ke Pulau Reunion Siasat Bangkai Pesawat MH370

KUALA LUMPUR: Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan bangkai pesawat yang ditemui adalah milik pesawat MH370 yang hilang lebih setahun lalu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan dibuat.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu. Kita harap mereka dapat kenal pasti (serpihan itu) secepat mungkin," katanya. 

Serpihan berukuran dua meter panjang dipercayai bahagian sayap ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai.

Sumber Berita Harian

Malaysia Hantar Pasukan Khas Ke Pulau Reunion Siasat Bangkai Pesawat MH370 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.