Thursday, July 30, 2015

Cerita Pelik Lima Pengumuman Minggu Ini. Apakah Kebetulan Atau Konspirasi?

Cerita Pelik Lima Pengumuman Minggu Ini. Apakah Kebetulan Atau Konspirasi?

Ketika Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin Umno yang mempersoal kepemimpinannya, Datuk Seri Najib Razak kini seolah-olah semakin menampakkan ‘belang’.

Najib berapa hari yang lalu mengumumkan ‘pemecatan’ beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan kini telah berkuatkuasa.

Namun yang pelik, menghairankan dan amat jarang berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan yang lain.

Empat berita lain yang diumumkan serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara;
2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Muhyiddin;
3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Tidak boleh dinafikan bahawa kelima-lima ‘peristiwa pelik’ itu telah membawa kepada persepsi rakyat bahawa kerajaan di bawah kepemimpinan Najib sekarang ini sedang berusaha ‘mematahkan’ serangan terhadap beliau.

Isu hutang oleh 1MDB berjumlah RM42 bilion yang dikawal sendiri oleh Najib, isu wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi beliau dan isu RM2 juta didakwa masuk ke akaun isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, selain persoalan mengenai dari mana anak tirinya memperoleh jutaan ringgit bagi membiayai filem lucah, menghampiri kemuncaknya apabila kerajaan cuba menutup mulut pemimpin dan rakyat daripada bersuara.

Adakah ini satu kebetulan ataupun satu agenda dari pihak tertentu? Semoga Malaysia terus aman dan dijauhkan dari perkara yang boleh mengugat keamanan dan kestabilan politik negara. 

Cerita Pelik Lima Pengumuman Minggu Ini. Apakah Kebetulan Atau Konspirasi? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.