Monday, July 27, 2015

Azharina Kecewa Pejabatnya Dipecah Masuk Perompak Kali Kedua!


Azharina Kecewa Pejabatnya Dipecah Masuk Perompak Kali Kedua!

Penyanyi popular Azharina melahirkan perasaan kecewa ekoran kejadian cubaan memecah masuk pejabat miliknya kali kedua sehingga menyebabkan dirinya mengalami kerugian hampir RM60,000.

“Polis yang menyiasat kes ini berpendapat ianya dirancang oleh sindiket yang menjalankan pemerhatian terlebih dahulu sebelum merompak. Alhamdulillah percubaan kali kedua gagal. Mereka tidak berjaya memecah masuk pejabat saya kerana kami telah menukar sistem penggera selepas mengambil iktibar daripada kes rompakan pertama. 
“Selepas melihat semula kamera litar tertutup, kami mendapati dua orang lelaki cuba menceroboh pejabat saya namun tidak berjaya. Pada hari kejadian, telefon bimbit saya berbunyi tanpa henti kerana syarikat penggera itu ingin memaklumkan ada pihak yang ingin memecah masuk premis,”

“lelaki itu juga turut menggugut untuk merogol pembantu rumah saya. Sudah jatuh ditimpa tangga, saya merasa kurang selamat kerana kejadian yang berlaku berturut-turut ini. 
“Lagipun, saya seorang diri di rumah bersama anak saya yang masih berumur sembilan bulan. Semestinya saya mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan keselamatan saya dan anak terjamin,”
Kejadian rompakan dikalangan selebriti memang wujud sejak dari dulu lagi. Perompak juga bertindak berani walaupun mereka tahu kesannya terhadap masa depan mereka. Diharap Azharina mengambil langkah lebih berhati-hati memandangkan kejadian cubaan merompak kerap berlaku sehingga menyebabkan banyak kematian. 

Azharina Kecewa Pejabatnya Dipecah Masuk Perompak Kali Kedua! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.